Ahad, 21 Februari 2010

TEMASYA SUKAN OLAHRAGA

Pada 16-19 Februari sekolah saya telah mengadakan hari olahraga kali ke-enam..pada hari tersebut suasananya sungguh meriah dan menyeronokkan...olahraga kali ini juga telah membantu menyemarakkan lagi semangat cinta akan rumah masing-masing terutama sekali pelajar-pelajar baru seperti pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 ambilan kedua...terdapat banyak acara sukan yang dipertandingkan bagi mengutip mata untuk rumah masing-masing,contohnya merejam lembing,melempar cakera,acara balapan,melontar peluru dan sebagainya.....bagi memeriahkan lagi olahraga kali ini,sekolah saya telah menjemput sekolah rendah yang berdekatan seperti SK Pagar Besi,SK Darat Batu Rakit,SK Batu Rakit dan sebagainya untuk sama-sama menyertai olahraga ini....pada hari terakhir olahraga ini,telah diadakan acara perbarisan bagi setiap rumah sukan dan unit beruniform..suasana ketika itu sungguh cantik dan berwarna-warni dengan pakaian seragam,logo,bendera dan maskot rumah masing-masing....bagi acara perbarisan ini rumah sukan yang terbaik telah dimenangi oleh rumah Tariq bin Ziad iaitu rumah hijau,manakala unit beruniform terbaik pula dimenangi oleh Persatuan Bulan Sabit Merah......sebelum berakhirnya olahraga ini juga turut diadakan upacara penyampaian hadiah untuk para pemenang...bagi juara keseluruhan olahraga edisi ke-6 ini telah jatuh kepada rumah Usamah bin Zaid dengan pungutan mata terbanyak iatu sebvanyak 179 mata.........TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG DAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN SECARA TIDAK LANGSUNG...........